Road Redemption Akan Mengganas Di Konsol Termasuk Nintendo Switch!

Permainan Road Redemption membawa pengalaman nostalgia iaitu Road Rash dalam dunia gaming. Ia dilancarkan di Steam pada tahun lepas.

Tapi in case kalau korang tak ada PC dan lebih sukakan konsol, jangan risau sebab ia dikatakan akan hadir ke Xbox One dan PlayStation 4. Lebih mengejutkan, nampaknya Nintendo Switch juga akan pick-up game ini untuk peminat!

Berita ini pada mulanya diumumkan apabila peminat bertanya kepada akaun rasmi Road Redemption tentang versi di Nintendo Switch. “Anda bertuah! Versi Switch dalam pembangunan jadi nantikan..,”. Korang boleh saksikan twit itu di bawah.

Walaupun belum ada tarikh rasmi untuk keluaran di konsol ini, korang boleh nantikan berita menarik di laman Twitter mereka. 

Road Redemption adalah permainan aksi perlumbaan yang mana korang membawa geng motosikal dalam kembara merentas negara dan berdepan pertarungan sewaktu sedang berlumba.

Dapatkan duit dengan menghabiskan perlumbaan, misi pembunuhan hendap, merompak dan pelbagai cabaran lain sepanjang kembara korang. Selain itu, korang boleh naik taraf karakter, motosikal dan senjata.

Korang dah boleh muat turunnya di Steam sekarang. Versi di konsol akan datang kemudian!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+