Ini cara nak counter Kaja yang jadi hero meta sekarang

Kaja tak dinafikan menjadi hero roamer atau Jungler yang sangat mengjengkelkan sekarang dalam MLBB. 

Dalam patch yang dikeluarkan bulan ini, Kaja menerima buff yang agak ketara dari efek pasif dan juga kuasa pertama. Walaupun kuasa kedua dan ulti dilemahkan sedikit, namun Kaja tetap menjadi hero yang boleh mengganggu kerana kuasa pertama dengan cooldown singkat.

Seperti yang boleh dilihat, dia mempunyai efek pasif baru yang mengurangkan pergerakan dan serangan sebanyak 8% untuk empat saat. Efek ini stack sehingga empat kali. 

Selain itu, dia juga menerima peningkatan atribut yang agak ketara. Dia juga boleh menambah nyawa dengan kuasa pertama sebanyak 100-200 HP dan cooldown dikurangkan dari 7-5 saat ke 6.5-4.5 saat.

Pemain roamer RRQ, Vynnn mengatakan Kaja termasuk dalam META tapi lemah lawan Khufra. Dengan adanya hero ini, Kaja sukar untuk melakukan ambush terhadap musuh.

Ini kerana Khufra mempunyai Bouncing Ball yang menghalang Kaja untuk dash atau flicker ke arah marskman atau Jungler.

Khufra juga boleh pegun Kaja ke dinding menggunakan Tyrant’s Rage.

TAGS

RELATED NEWS

+