MLBB akan menaikkan harga diamonds untuk pasaran Malaysia bermula 27 Mac

Bermula 27 Mac ini, MLBB akan mula menaikkan harga bagi pembelian Diamonds di stor dalam permainan.

Dalam satu pengumuman hari ini, MLBB mengumumkan perubahan Diamonds itu dinaikkan secara bersesuaian berikutan kejatuhan nilai Ringgit yang memberi kesan kepada nilai pertukaran dan juga dengan penambahan cukai sejak dua tahun lepas.

Foto di atas menunjukkan harga terkini setakat 14 Mac 2024.

Disebabkan pengumuman ini juga, MLBB akan memberi token penghargaan dari 27 Mac hingga 16 April ini dengan mengekalkan harga bagi sesetengah platform pembelian dan menawarkan bonus bagi setiap pembelian sehingga 16 April itu.

Berita ini mungkin kedengaran mengejutkan namun ia bukanlah perkara baru dalam bisnes termasuklah melibatkan permainan video. Kejatuhan atau kenaikan Ringgit akan memberi impak kepada harga in-game currency bagi mana-mana permainan atau servis perkhidmatan.

RELATED NEWS

+