Ini langkah Riot tangani akaun ‘smurf’

Demi permainan kompetitif yang lebih sihat dan adil, pihak Riot Games mengambil langkah melaksanakan gelombang larangan buat akaun-akaun akaun smurf yang melanggar Terma Servis mereka. 

Secara amnya, Riot tidak melarang pembuatan akaun smurf. Namun, larangan ini akan dilaksanakan jika pemilik akaun itu melanggar beberapa Terma Servis mereka seperti boosting pemain lain atau menggunakan akaun orang lain untuk menaiki rank.

Selain itu, mereka juga akan mengambil tindakan buat pemain yang mencipta suasana permainan yang negatif, seperti trolling, kelakuan toksik, kekasaran dan menggunakan kata-kata kesat yang melampau.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+