Komuniti VALORANT puji pemain simpanan Paper Rex CGRS

Baru-baru ini, pemain kelahiran Thailand, Patiphan Posri atau CGRS yang bermain untuk pasukan VALORANT Singapura iaitu Paper Rex menjadi bualan ramai berikutan persembahannya di VCT Masters Tokyo baru-baru ini.

Dia menggantikan tempat ‘something’ yang tidak dapat menyertai kejohanan itu selepas mengalami masalah Visa untuk memasuki Jepun. 

CGRS merupakan pemain simpanan untuk Paper Rex dan dalam masa yang sama dia merupakan pencipta kandungan untuk pasukan itu.

Dia menyertai pasukan itu pada 2022 dan hanya bermain di tier yang rendah di Thailand.

Pada mulanya, ramai menganggap tanpa something, Paper Rex tidak akan memberikan cabaran kepada pasukan lain kerana dia merupakan pemain paling bernilai di Grand Final VCT Pacific.

Boleh dikatakan bahawa CGRS perlu mengisi satu tanggungjawab yang besar untuk pasukan ini.

Pada mulanya dia nampak kekok bermain di pentas antarabangsa namun selepas beberapa perlawanan, ramai orang mula sedar bahawa dia bukanlah orang sembarangan.

Agent yang sering dimainkan oleh CGRS adalah Gekko dan dia memainkan hero ini dengan sangat baik terutama sekali di peta seperti Lotus dan Bind.

Menurut beberapa laporan, Paper Rex membuatkan CGRS sebagai pemain Gekko sekiranya hero itu menjadi meta di peringkat kompetitif.

Ia nyata berhasil dengan persembahan yang baik ditunjukkannya apabila bermain hero ini.

Bukan itu sahaja, dia turut membantu pasukannya dengan mengubah arus perlawanan serta mendapatkan clutch.

Dalam pusingan yang penting ketika Paper Rex menentang NRG, CGRS berjaya lurk sehingga ke kawasan NRG sebelum membunuh dua pemain NRG.

Selepas itu, dia berhadapan dengan sOm dan berjaya membunuhnya dengan masa tinggal tiga saat.

Menurut satu statistik, CGRS antara pemain yang paling clutch dalam VCT Masters Tokyo dalam situasi 1 v 1, 1 v 2 dan 1 v 3.

Menurut Rib.gg, CGRS memberi 37.5 peratus sebanyak 6 daripada 16 kali.

Peminat memuji CGRS kerana bermain dengan sangat baik walaupun dia baharu sahaja bermain beberapa perlawanan sahaja di VALORANT secara kompetitif.

Bukan itu sahaja, dia berjaya mengisi kekosongan something yang tidak dapat bermain.

Ada peminat yang meminta maaf kerana mereka meragui apa yang CGRS boleh bawakan di pentas besar.

Dengan VCT Champions yang akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, kini Paper Rex mempunyai barisan pemain yang lengkap serta pemain simpanan yang boleh membantu pasukan itu.

RELATED NEWS

+