Matagi Snipers – pasukan VALORANT warga emas pertama Jepun dan Asia Pasifik

Umur bukan penghalang buat Matagi Snipers.

Mereka adalah pasukan VALORANT warga emas pertama buat Jepun dan Asia Pasifik.

Syarat untuk menyertai Matagi Snipers adalah anda perlu berusia 65 tahun ke atas sahaja.

Matagi Snipers pernah menyertai e-sukan untuk permainan video seperti Apex Legends dan Fortnite.

Skuad VALORANT mereka kini mempunyai lapan orang pemain.

Tetapi VALORANT membuatkan mereka mendapat perhatian daripada ramai komuniti terutamanya komuniti VALORANT Jepun.

Klip di bawah menunjukkan NAGI berumur 63 tahun berjaya menang dalam 1 lawan 1 clutch di Ascent.

NAGI bukan sahaja berjaya clutch tetapi juga berjaya meredakan ledakan bom sekaligus memberi mata kepada pasukan.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman bahawa mereka akan menyertai pertandingan rasmi atau tidak.

Siapa kata warga emas tidak hebat dalam FPS?

RELATED NEWS

+