Factory New Case Hardened Karambit yang mempunyai warna ‘Blue Gem’ lengkap."> Factory New Case Hardened Karambit yang mempunyai warna ‘Blue Gem’ lengkap." /> Factory New Case Hardened Karambit yang mempunyai warna ‘Blue Gem’ lengkap." />

Inilah antara skin CSGO yang paling mahal di dunia

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita skin Counter Strike Global Offensive (CSGO) yang paling mahal pernah kami lihat, iaitu sebilah Factory New Case Hardened Karambit yang mempunyai warna ‘Blue Gem’ lengkap.

Ia mencapai harga sekitar jutaan Dollar yang kiranya harga luar jangkaan kepada mana-mana pemain CSGO malah juga gila kepada sesiapa yang waras.

Walaupun Karambit ini adalah skin paling mahal yang pernah sesiapa lihat, ia belum dibeli oleh mana-mana pihak walaupun seorang pembeli sudah menawarkan AS1.2 juta (RM5.02 juta) kepada pemilik Karambit ‘Blue Gem’ itu.

Kali ini, kita lihat pula skin-skin CSGO yang lain yang mencapai harga tinggi di pasaran.

#5 – Sir Bloody Miami Darryl (RM70)

Broken Fang - Using 25 star for the master agent and got Sir Bloody Miami  Darryl - YouTube

Sir Bloody Miami Darryl hanyalah bernilai AS$15 (RM70) di Steam Marketplace. Namun, jika dibandingkan dengan skin Agent lain seperti Mr Muhlik yang hanya bernilai AS$2 (RM9) atau Special Agent Ava yang bernilai AS$7 (RM30), harga Miami Darryl agak tinggi.

Jika anda ingin skin Agent yang bernilai, maka carilah Sir Bloody Miami Darryl sebelum harganya melonjak lagi.

#4 – Karambit Gamma Doppler (RM68,000)

Karambit Gamma Doppler – Ionite DESU

Sebilah lagi Karambit yang menjadi perhatian selain ‘Blue Gem’ yang dikatakan awal tadi.

Karambit ini juga dikenali sebagai Karambit ‘Emerald’ kerana warna hijau menawan yang menghiasi kedua-dua belah pisau ini. Namun, harga ‘Emerald’ ini tidak dapat menandingi harga sebilah ‘Blue Gem’, dengan nilai harga sekitar AS$16,267 (RM68,166).

#3 – Souvenir AWP Dragon Lore  (RM377,000)

Image

Sesiapa yang mengikuti arena profesional CSGO pasti mengenali AWP Dragon Lore kerana harganya yang mampu mencapai puluhan ribu ringgit.

Hal ini kerana Cobblestone Case yang menghasilkan Dragon Lore sudah tiada dan menjadikan skin ini amat jarang. Skin Dragon Lore yang ditunjukkan di imej di atas mencecah harga AS$90,000 (RM377,145).

#2 – M4A4 Howl + 4 stiker iBUYPOWER Katowice 2014 (RM419,000)

Dengan nilai harga AS$100,000 (RM419,050), M4A4 Howl adalah salah satu skin CSGO yang paling jarang dijumpai disebabkan kontroversi yang timbul dalam komuniti CSGO.

Corak dan seni Howl ini dikatakan ditiru maka skin ini tidak boleh didapati lagi. Oleh itu, skin ini antara skin paling rare di pasaran skin CSGO.

Ditambah pula dengan stiker iBUYPOWER holo yang sekeping bernilai sekitar AS$13,000 (RM54,476), ia menjadikan M4A4 Howl ini antara skin paling mahal yang pernah dijualbeli. 

#1 – AK47 Case Hardened StatTrak + 4 stiker holo Titan | Katowice 2014 (RM628,500)

Skin ini dibeli dengan harga AS$150,000 (RM628,575) pada awal tahun ini dan dilihat digunakan oleh dupreeh sewaktu pusingan kelayakan IEM Katowice 2021 berlawan dengan Virtus.Pro.

 

Dengan harga yang mampu memiskinkan seorang dato’, lebih baik kita beli rumah sahaja lah.

RELATED NEWS

+