Pasukan bintang CSGO Brazil, SK Gaming, mungkin akan dihidupkan kembali

Kisah mengenai ketibaan pasukan super Brazil mendapat sambutan yang serius dengan laporan terbaru menunjukkan ke arah kebangkitan semula pasukan yang menggegarkan dunia CSGO iaitu Luminosity Gaming dan SK Gaming.

Nampaknya kedua-dua Lincoln ‘fnx’ Lau dan Fernando ‘fer’ Alvarenga sedang berbincang dengan Gabriel ‘FalleN’ Toledo dan Marcelo ‘coldzera’ David untuk penubuhan pasukan bintang Brazil CSGO.

Ini berlaku hanya sehari selepas dilaporkan bahawa coldzera dan FalleN sedang giat mencari organisasi e-sukan yang akan bersedia untuk mengambil barisan Brazil untuk musim kompetitif 2022.

Ini agak besar memandangkan empat pemain legenda CSGO Brazil yang sebahagian daripada mereka sudah terlalu lama meninggalkan kancah persaingan.

FalleN, coldzera, fnx, fer terakhir bersama-sama dalam barisan SK Gaming pada Februari 2017 dan sebelum itu dalam barisan pemain Luminosity Gaming sehingga Julai 2016. Barisan itu mempunyai dua kemenangan Major dan adalah pasukan Brazil yang paling berjaya yang memainkan peranan besar dalam membawa rantau itu ke peringkat global

Walaubagaimanapun, fer tidak hadir dalam litar Tier-1 selama hampir setahun sekarang di mana fnx tidak pernah benar-benar pulih selepas berpindah ke Immortals pada tahun 2017. Jadi walaupun barisan pemain Brazil ini akan bersatu seperti yang dilaporkan, ia adalah jauh daripada pasukan super Brazil.

Bagi yang kurang mengetahui tentang pasukan ini, ahli-ahli pasukan ini pernah menempa nama dalam buku sejarah CSGO dengan gaya permainan yang kemas tetapi gila.

coldzera dikenali sebagai AWPer yang berjaya menjayakan ‘jumping AWP shot’ di Mirage menentang Luminosity Gaming. Valve mengabadikan kejadian itu dengan sebentuk graffiti di Mirage.

Ahli pasukannya yang lain juga bukan biasa-biasa, fer dan FalleN pasti diingati ramai kerana permainan AWP yang pantas dan jitu serta game sense yang tajam.

Gabungan semula ini mungkin mampu menggegarkan arena kompetitif CSGO yang belum mengenali veteran-veteran permainan ini.

RELATED NEWS

+