menurut sebuah laporan, Autimatic, pemain profesional daripada organisasi e-sukan T1, dikatakan sedang berkira-kira untuk kembali semula sebagai pemain CS:GO."> menurut sebuah laporan, Autimatic, pemain profesional daripada organisasi e-sukan T1, dikatakan sedang berkira-kira untuk kembali semula sebagai pemain CS:GO." /> menurut sebuah laporan, Autimatic, pemain profesional daripada organisasi e-sukan T1, dikatakan sedang berkira-kira untuk kembali semula sebagai pemain CS:GO." />

Pemain T1 dikatakan mahu berundur daripada VALORANT, mungkin kembali ke CS:GO

Selepas beralih kepada VALORANT sejak Februari lalu, menurut sebuah laporan, Autimatic, pemain profesional daripada organisasi e-sukan T1, dikatakan sedang berkira-kira untuk kembali semula sebagai pemain CS:GO. 

Sebelum ini, Autimatic pernah menjadi pemain profesional CS:GO buat organisasi Cloud9 dan pernah memenangi beberapa pertandingan A-tier antaranya pada 2018 di ELEAGUE Major: Boston.

Berikutan perubahan ini, pihak T1 juga akan melakukan perubahan buat barisan roster VALORANT mereka untuk VCT musim 2022 yang dijadualkan akan bermula awal tahun depan. 

Jika benar laporan itu, Autimatic akan mengikuti langkah beberapa pemain profesional VALORANT yang akan kembali beraksi di gelanggang CS:GO seperti Floppy yang kembali sertai Extra Salt dan nitr0 yang akan kembali sertai barisan CS:GO Team Liquid.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+