Inilah evolusi Sasa di dalam arena kompetitif Mobile Legends

Lu khai Bean atau Sasa adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends yang berjaya membawa Team SMG muncul juara di MPL MY musim kelapan.

Posisi beliau sebagai marksman dan sidelaner banyak membantu memenangi perlawanan bersama pasukannya. Kemahiran mekanikal dan pengalaman yang dimiliki Sasa memberikannya gelaran MVP untuk MPL MY musim kelapan.

MPL MY sempat berkongsi pautan video tentang pencapaian Sasa dari awal dirinya memasuki arena kompetitif Mobile Legends. Bagi mereka yang belum mengetahui sejarah Sasa, dia pernah berhijrah ke negara seberang untuk bermain bersama pasukan ONIC Esports.

Semasa di ONIC Esports, Sasa sering digelar sebagai Kazekage dari 4 kage yang lain iaitu Drian, Udil, Antimage dan juga Pyschoo. Antara pencapaian terbesarnya di pasukan itu adalah juara MPL ID musim ketiga, juara MSC 2019 dan juga juara Piala Presiden Esports 2019.

Pencapaian itu membuatkan Sasa digelar sebagai salah seorang pemain terhebat di arena kompetitif Mobile Legends. Pengalamannya bermain bersama pasukan ONIC dibawa ke dalam Team SMG dan terus dinobatkan juara di MPL MY musim kelapan.

Sumber: MPL MY Official

RELATED NEWS

+