Insomniac Games mengumumkan Spider-Man 2

Insomniac Games secara mengejut mengumumkan Spider-Man 2 iaitu sebuah kesinambungan bagi kisah Peter Parker dan Miles Morales di dalam permainan video Spider-Verse, akan tiba secara eksklusif di PlayStation 5 pada 2023.

Didedahkan di acara PlayStation Showcase, melalui tayangan trailer, Venom diperlihatkan sebagai salah satu daripada watak jahat yang pemain akan hadapi, di samping menunjukkan Peter dan Miles menewaskan penjenayah bersama.

“Selain mendorong kebolehan PS5 yang sangat mengujakan, kami turut bersemangat menghasilkan kisah baharu untuk Peter dan Miles di dalam sekuel ini,” kata Ryan Schneider, daripada Insomniac di dalam PlayStation Blog.

“Seperti di dalam permainan Spider-Man sebelum ini, kami bukan sahaja bercerita tentang kisah Super Hero terhebat, tetapi kami juga menyampaikan kisah seorang manusia yang menarik, yang penuh jiwa dan jenaka untuk menyelami manusia disebalik topeng.”

Schneider turut menyatakan, kebanyakan pasukan asal yang membangunkan permainan sebelum ini, kembali termasuk Pengarah Kreatif Bryan Intihar dan Pengarah Permainan Ryan Smith. Dia juga sahkan Yuri Lowenthal akan kembali membawakan watak Peter dan Nadji Jeter sebagai Miles. Manakala, Tony Todd akan menjadi suara Venom. 

Selepas pengenalan siri Marvel’s Spider-Man, Insomniac terus bekerja menghasilkan Spider-Man: Miles Morales. Selain itu, turut didedahkan semasa showcase itu, Insomniac juga sedang membangunkan permainan Wolverine, bersama Marvel. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+