4 tuduhan paling tak masuk akal terhadap permainan video

Dunia permainan video sentiasa penuh dengan khabar angin. Namun, sesetengah khabar angin dan tuduhan selalunya tidak masuk akal dan sangat pelik.

Ada yang boleh dikatakan tuduhan itu sangat dungu dan tidak berasas.

Banyak juga teori konspirasi yang berlaku dan ini antaranya:

1. Pokemon adalah syaitan dan agenda Yahudi

Pokemon pernah dikatakan mempunyai syaitan dan agenda Yahudi.

Nota Tercicir...: Betul ke Maksud Pokemon itu "Saya Yahudi"?

Malah ketika baru keluarnya Pokemon dan semakin popular Pokemon terdapat banyak desas-desus pelik.

Pokemon juga pernah dituduh melakukan promosi untuk kepercayaan Pokemon mempunyai agenda satanisme dan Yahudi.

Sehingga ramai percaya dengan berita ini malah di Malaysia sendiri ada yang pernah membuat kenyataan seperti ini.

Ada yang percaya Pokemon dalam bahasa Syriac atau Suryani membawa maksud “Aku Yahudi”.

2. PETA menuduh Nintendo gunakan kulit haiwan sebagai agenda

PETA vs. Mario: Animal Rights Group Takes On Nintendo Character For Tanooki  Suit (PHOTOS) | HuffPost Impact

PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) adalah organisasi yang dikatakan menjaga hak asasi haiwan dari apa-apa kesengsaraan untuk beberapa industri yang menggunakan haiwan.

Namun, PETA pernah membuat pertuduhan terhadap Nintendo kerana Mario menggunakan kulit tanooki sebagai pakaiannya.

Malah, PETA juga mengeluarkan satu permainan video bagi menakutkan lagi orang ramai.

Namun, selepas menerima kecaman, mereka akhirnya mengeluarkan kenyataan hanya bergurau tetapi memberitahu haiwan itu ada yang sengsara di luar sana.

3. Spiderman dikatakan menurunkan grafik sebab lopak air

Marvel’s Spider-Man di PS4 dikeluarkan pada tahun 2014.

Namun, terdapat beberapa peminat yang mengatakan Insomniac Games mengurangkan grafik disebabkan lopak air yang berbeza dari demo permainan.

Insomniacgames membalas  kenyataan mereka hanya menukarkan saiz lopak air itu, bukannya mengurangkan grafik.

Di dalam permainan video tidak semua benda yang kita lihat semasa demo adalah sama seperti permainan video yang akan keluar.

4. Nintendo bakal ditutup

Random: Did You Know The Wii U Can Burn eShop Games To Discs? - Nintendo  Life

Hal ini berlaku ketika zaman Wii U yang menjadi antara produk Nintendo paling teruk terjual.

Ketika ini banyak desas-desus mengatakan Nintendo bakal tutup dan bakal membawa permainan video mereka ke pelantar yang lain.

Malah, ada yang mengatakan Nintendo sudah berputus asa dengan divisyen membuat konsol mereka.

Nyata khabar angin itu adalah palsu dan kini Nintendo berjaya membuktikan kejayaan dengan Nintendo Switch mereka.

Kadang-kadang di dalam dunia ini dapat beberapa orang yang hanya mahu melihat asap berkepul, namun tiada api yang terbakar.

Apa lagi tuduhan pelik dan tidak masuk akal yang anda pernah dengar mengenai permainan video?

RELATED NEWS

+