kes panas yang melibatkan polis di Malaysia lagi."> kes panas yang melibatkan polis di Malaysia lagi." /> kes panas yang melibatkan polis di Malaysia lagi." />

Panel luaran PlayStation 5 serta alat pengawal kini hadir dalam pelbagai warna menarik

PlayStation 5 adalah salah satu konsol yang paling dicari-cari oleh peminat permainan video di serata dunia. Malah, di Malaysia sahaja, ramai mengambil kesempatan untuk memerah wang berikutan ketandusan stok ini. Siap ada yang menjadi kes panas yang melibatkan polis di Malaysia lagi.

Bagi memeriahkan keadaan ini, Sony melancarkan panel luaran atau faceplate pelbagai warna menarik agar pemain dapat menyesuaikan konsol mereka. Antara warna yang dilancarkan oleh Sony adalah Midnight Black, Cosmic Red, Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple.

Menurut Sony, panel luaran PS5 Midnight Black dan Cosmic Red akan tersedia mulai Januari 2022 di peruncit yang mengambil bahagian di lokasi berikut

  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • UK
  • Perancis
  • Jerman
  • Switzerland
  • Austria
  • Sepanyol
  • Portugal
  • Itali
  • Australia
  • New Zealand
  • Jepun
  • China
  • Taiwan
  • Hong Kong
  • Singapura
  • Malaysia
  • Thailand
  • Indonesia
  • Vietnam
  • Korea 
  • Filipina

Manakala, panel luaran konsol PS5 Nova Pink, Galactic Purple dan Starlight Blue juga akan dilancarkan di lokasi ini pada separuh pertama tahun 2022. Sony merancang untuk melancarkan panel konsol PS5 di wilayah lain pada tahun ini, dan akan mengumumkan butiran itu apabila panel tersedia.

Sony juga mengumumkan 3 warna baharu untuk alat pengawal DualSense dalam warna Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple.

Setakat ini, Sony belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi panel luaran baru ini atau DualSense berwarna unik. Panel ini akan bernilai AS$54.99 (RM232) dan alat pengawal ini AS$74.99 (RM317).

Sumber rujukan: Sony

RELATED NEWS

+