Isu Adam-Upset: Isteri Upset pernah terima ugutan bunuh

Ternyata isu antara bekas pemain LoL Fnatic, Adam atau nama penuh Adam Manaane masih belum selesai, selepas isteri Upset, Paula, menyatakan dia pernah menerima ugutan bunuh berikutan itu itu.

Kenyataan itu dibuat oleh Paula sendiri semasa membalas satu ciapan mengenai Adam yang yang pernah menukar nama SoloQ-nya sebagai ‘Lonely Wife UwU’. 

Nama SoloQ itu dibuat kemungkinan sebagai tindak balasnya selepas dia pernah menyatakan bahawa Upset tinggalkan pentas Worlds 2021 baru-baru ini kerana “isterinya tidak mahu bersendirian”.

Manakala, Upset juga membalas pada ciapan yang sama menyatakan dia pernah cuba untuk berunding dengan Adam secara peribadi, namun tidak dilayan oleh Adam. 

Dengan isu ini masih lagi hangat di dalam komuniti League of Legends Eropah, sudah pasti orang ramai amat menantikan perlawanan di antara Fnatic dan DBS di pentas LEC 2022 yang akan bermula 14 Januari ini. 

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+