Jika anda guna Tinder, boleh cari pasangan yang bermain League of Legends, tapi bukan Dota 2

Pengguna aplikasi dating Tinder nampaknya berpeluang untuk mencari bakal pasangan yang sama-sama meminati permainan video League of Legends.

Dalam satu posting di Reddit, pengguna Tinder boleh meletakkan League of Legends (LoL) sebagai minat namun tiada pilihan untuk Dota 2.

Justeru, ramai yang mempersoalkan kenapa pilihan permainan ini tidak diadakan untuk Tinder.

Ada juga pengguna yang mempersoalkan kenapa mahu bertemu janji dengan pengguna Tinder yang juga pemain Dota 2.

Namun, komen balas menjawab yang minat sama bermain Dota 2 menjadikan pasangan itu mudah berkomunikasi atas minat sama dan dua-dua boleh main Dota 2 bersama-sama.

Mungkin pada kemaskini akan datang, Tinder akan memasukkan Dota 2 sebagai pilihan minat juga?

RELATED NEWS

+