Isu pause: R7 ungkap hal “sebenar”

Isu pause yang terjadi ketika pasukan Filipina menentang Indonesia di peringkat akhir Sukan SEA Hanoi 2021 MLBB menjadi topik hangat di dalam komuniti ketika ini.

Gara-gara isu itu, netizen Indonesia sudah menyerang akaun Instagram milik Blacklist International. Mereka juga memberikan tekanan kepada pemain pasukan Filipina iaitu OhMyV33nus.

Selepas melihat isu ini semakin sukar dibendung. R7 kini tampil dengan penjelasan mengapa isu pause itu terjadi ketika permainan dijalankan.

Menurutnya, ianya adalah satu perkara yang normal kerana mereka bermain menggunakan VPN (Virtual Private Network).

“Pause adalah perkara yang normal kerana permainan peranti mudah alih ini diharamkan di Vietnam.

“Kami semua log masuk dengan menggunakan VPN. Jadi kami bermain di pertandingan dengan ping yang tinggi sebanyak 40.” katanya.

Kini terungkap sudah perkara sebenar di sebalik pause yang terjadi ketika perlawanan itu. Selain itu, Vietnam juga sebenarnya mempunyai server MLBB mereka sendiri iaitu Mobile Legends: Bang Bang VNG.

Diharap semua pihak faham tentang isu ini dan ianya bukanlah tactical pause yang dikatakan oleh segelintir netizen.

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+