Item Diablo II punca pemain membunuh rakan akibat pertelingkahan

Pertelingkahan dalam permainan adalah sesuatu yang biasa, lebih lagi dalam situasi kompetitif.

Pemain yang cukup matang untuk tidak melakukan apa-apa perkara bodoh daripada sebuah pertelingkahan, bak kata pepatah “gaduh dalam game, habis dalam game”.

Namun, pepatah ini tidak dikenali oleh seorang pemain Diablo II yang dituduh menembak dan membunuh rakannya atas punca item dalam permainan Diablo II.

Joshua G. Spellman

Joshua G. Spellman sedang menunggu perbicaraan bagi pembunuhan rakannya Andrew W. Dickson yang didakwa mati ditembak di bahagian badan pada 17 Disember.

Kedua-dua orang ini sudah mengenali satu sama lain selama 26 tahun.

Berkomunikasi melalui alat dengar Spellman, Dickson dan rakan ketiga sedang bermain Diablo II bersama-sama apabila pertengkaran tercetus.

Selepas sebuah item loot jarang dijumpai, seorang pemain keempat yang tidak dikenali oleh ketiga-tiga pemain itu, memasuki permainan dan mengambilnya loot itu sebelum parti itu mempunyai peluang untuk mengambilnya.

Dickson ‘mula menjerit, memanggil nama dan mencarut kepada Spellman’ menurut afidavit, berikutan insiden itu kerana permainan itu sepatutnya dilindungi dengan kata laluan dan tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk.

Spellman mendakwa carutan itu berterusan selama ‘tiga hingga lima minit’.

Spellman memberi amaran kepada Dickson bahawa dia perlu ‘bertenang atau dia akan ditembak’ sebelum mengambil pistolnya dan berjalan melintasi kawasan ke rumah Dickson, melepaskan tembakan amaran semasa dia pergi.

Spellman mengakui dia menyimpan pistol itu di sebelah komputernya selepas penyiasat mempersoalkan dari mana dia mendapatkannya.

Apabila ditanya mengapa pistolnya berada di sebelah komputernya, Spellman menjawab: ‘Mengapa tidak? Ini Amerika.”

Bantuan perubatan dipanggil tetapi Dickson kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya.

Ikat jamin ditetapkan untuk Spellman bernilai AS$750,000 (RM3,157,350) dengan pihak pendakwaan mendakwa Spellman memerlukan ikat jamin yang mahal selepas insiden yang kelihatan remeh mengakibatkan seseorang ditembak dan dibunuh.

Situasi ini mungkin berlaku di luar negara namun kita di Malaysia perlulah sentiasa menjaga emosi dan tidak melepaskan kemarahan kepada sesiapa tidak kira rakan atau insan tersayang.

Sumber rujukan: Gaming Bible

TAGS

RELATED NEWS

+