Tarikh beta terbuka Diablo 2: Resurrected diumumkan

Diablo II: Resurrected akan menjalankan sebuah beta tertutup pada Jumaat, 13 Ogos bagi pemain yang pra-tempah permainan ini dan beta terbuka akan bermula pada Jumaat, 20 Ogos.

Menurut Blizzard.com, ujian beta ini boleh dimainkan di semua konsol dan PC kecuali Nintendo Switch. 

Xbox Live Gold diperlukan untuk pra-tempahan beta pada 13 Ogos ini, tetapi tidak ia tidak diperlukan untuk beta terbuka pada 20 Ogos. Manakala, pengguna PlayStation, anda tidak memerlukan PlayStation Plus untuk mana-mana beta. 

Namun, kedua Xbox Live Gold dan PlayStation Plus adalah digalakkan untuk ciri berbilang pemain semasa pelancaran permainan nanti.

  • Dari Jumaat, 13 Ogos pada 10.00 am PDT (Sabtu, 14 Ogos, 1.00 am MYT) hingga Selasa 17 Ogos pada 10.00 am PDT (Rabu, 18 Ogos, 1.00 am MYT), sesiapa yang lakukan pra-tempahan Diablo II: Resurrected atau Diablo Prime Evil Collection, boleh mengambil bahagian di Early Access beta. Pemain boleh preload beta itu bermula 11 Ogos. 
  • Dari Jumaat, 20 Ogos pada 10.00 am PDT (Sabtu, 21 Ogos, 1.00 am MYT) hingga Isnin, 23 Ogos pada 10.00 am PDT (Selasa, 24 Ogos, 1.00 am MYT), beta terbuka akan bermula tanpa memerlukan pra-tempahan. Preload untuk beta ini akan bermula untuk pemain konsol pada Selasa, 17 Ogos  dan pemain PC pada Rabu, 18 Ogos. 

Kemajuan akan berlaku di antara kedua-dua beta, tetapi tiada kemajuan yang berlaku daripada ujian beta yang diadakan pada awal tahun ini. Cross-progression akan tersedia dalam tempoh kedua-dua beta tetapi pra-tempahan berasingan diperlukan semasa Early Access beta di setiap platform.

Untuk beta ini, tidak akan ada had tahap, namun, masih tiada kepastian sama ada progres beta ini akan dibawa ke permainan utama kelak.

Sama seperti beta sebelum ini, hanya Act I dan Act II yang boleh dimainkan. Kelas Barbarian, Amazon dan Sorcereress daripada beta itu juga boleh dimainkan di dalam beta kali ini, di samping kelas baru untuk beta kali ini, Paladin dan Druid.

Semasa pelancaran permainan kelak, kelas Assassin dan Necromancer akan tersedia, tetapi tidak semasa ujian beta.

Diablo II: Resurrected merupakan permainan pertama dilancarkan Activision-Blizzard, selepas kontroversi yang berlaku. Ia akan dilancarkan pada 23 September kelak. Selain itu, permainan Call of Duty juga akan dilancarkan pada musim luruh ini. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+