John Wick Hex Adalah Game Aksi Strategi Berdasarkan Filem John Wick Dibintangi Keanu Reeves

Siri filem aksi John Wick dibintangi Keanu Reeves bakal mendapat game berbentuk aksi strategi, John Wick Hex yang akan dilancarkan secara eksklusif di Epic Games Store (PC) dan konsol.

John Wick Hex dibangunkan oleh Bithell Games yang dipimpin oleh Mike Bithell, pembangun terkenal untuk Thomas Was Alone dan Volume serta diterbitkan oleh Good Shephard and Entertainment bersama kerjasama syarikat hiburan, Lionsgate.

Saksikan trailer acah John Wick Hex di bawah: 

Game ini dihasilkan dengan jalinan kerjasama antara produksi kreatif dan pasukan lagak aksi filem asal John Wick bagi menerapkan gaya pertempuran jarak dekat dan senjata seperti dipaparkan dalam filem. Untuk cara permainan pula, John Wick Hex mahu membawakan pertempuran aksi strategik seakan permainan catur dan ini mengingatkan saya kepada Invisible Inc.

Pemain akan mengambil peranan sebagai bekas pembunuh upahan terpaksa keluar dari persaraannya, John Wick dan harus pilih setiap gerak geri serta serangan dengan mengambil kira kesan dan akibatnya. Ini adalah kerana penggunaan senjata bersifat realistik iaitu bermakna ia mengambil masa untuk masukkan peluru dan kuantiti peluru juga adalah terhad.

Dari segi jalan cerita, John Wick Hex bakal menyajikan cerita yang berbeza daripada siri filem dengan seni grafik ala noir unik. Korang juga boleh memiliki banyak senjata dan sut khas John Wick serta pelbagai lokasi untuk diterokai.  

John Wick Hex ini membawakan permainan berteraskan turn-based strategy

Pelakon-pelakon filem John Wick asal, Ian McShane (Winston) dan Lance Reddick (Charon) juga beri bakat suara ke dalam game ini. Walaubagaimanapun, kami masih tidak pasti jika Keanu Reeves terlibat untuk John Wick Hex.

Buat masa sekarang, tiada tarikh pelancaran untuk John Wick Hex. Ini bukanlah kali pertama John Wick dibawakan ke dalam game. Tahun lepas, korang boleh bergaya seperti John Wick dalam game VR berjudul, John Wick Chronicles.

John Wick bakal kembali ke layar perak untuk kali ketiga dalam John Wick: Chapter 3 – Parabellum pada 15 Mei 2019.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+