Keanu Reeves tidak mahu Neo atau John Wick dimasukkan ke Mortal Kombat

Pelakon popular, Keanu Reeves akhirnya menjawab persoalan peminat-peminat Mortal Kombat mengenai karakter Neo dan John Wick.

Satu temubual bersama Esquire baru-baru ini untuk mempromosikan The Matrix 4 sudah dibuat bersama Keanu Reeves.

Satu persoalan dikeluarkan dari Derek Strickland menyebut “Peminat mahukan John Wick dan Neo di Mortal Kombat 11,”.

Reeves menjawab dia tidak mahu John Wick dan Neo dimasukkan ke dalam Mortal Kombat 11.

“Untuk Neo dan John Wick dan Mortal Kombat mungkin tidak sesuai untuk kedua-dua watak itu,” katanya.

Beliau sebaliknya memuji Mortal Kombat sebagai francais yang tersendiri.

RELATED NEWS

+