Hari Sukan Negara adalah acara tahunan yang jatuh pada minggu kedua bulan Oktober. Buat pertama kalinya, e-sukan akan turut dianjurkan bersama kali ini di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Sabtu dan Ahad ini!
Ia dianjurkan oleh Ansara Esports, ESM, Geek Events dan E-Blue.
Sebanyak tujuh permainan dianjurkan dan kesemuanya adalah e-sukan yang popular dalam kalangan ahli komuniti di Malaysia ini:
- Mobile Legends
- CS:GO
- DOTA2
- Arena of Valor
- FIFA Online 3
- FIFA 19
- Pro Evolution Soccer (PES)
Korang boleh lah datang ramai-ramai ke kejohanan ini untuk menyaksikan pasukan kegemaran korang bertanding untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul RM18,350. Pastinya lebih meriah kalau ada sorakan dari peminat kan?
AKTIVITI MENARIK DARI KITAMEN dan Gamesbond
Selain kejohanan utama di atas, korang juga boleh join pelbagai aktiviti menarik sepanjang berada di sana. Sebagai contoh, KITAMEN akan menyediakan free to play bagi permainan VR, Beat Saber, Racing Simulator dan Street Fighter V.
Bagi peminat Mobile Legends, korang boleh mencabar pasukan profesional Honor MyA dalam perlawanan lima lawan lima nanti.
Di booth Gamesbond pula, akan ada BOXVR iaitu sebuah permainan Realiti Maya yang memfokuskan pada kesihatan. Selain itu akan ada juga permainan FIFA 19 untuk korang cuba main (bagi yang tak beli lagi, inilah peluang korang!).
Akhir sekali, setiap booth ini akan mengadakan giveaway dan cabutan bertuah jadi pastikan korang daftar di kaunter dan tunggu peluang untuk sesi menarik ini.
MGO Streaming Lounge
Kami juga akan mengadakan MGO Streaming Lounge di mana korang boleh usha favorite streamer dan pemain profesional untuk satu talk session bagi membincangkan mengenai e-sukan dan gaming industry. Setiap sesi ini mempunyai jurang 2 jam jadi di antara waktu percuma tu, korang boleh cuba main game secara percuma nanti.
Perhatikan masa-masa yang mana kitorang akan buat giveaway dengan syarat korang menjadi pemenang dalam cabaran bermain permainan video nanti. Jumpa korang dekat sana!