ESL One Kuala Lumpur 2023 antara kejohanan yang menunjukkan kemampuan Malaysia sebagai hab e-sukan

Malaysia bakal memberikan tumpuan kepada pelancongan e-sukan untuk negara.

Kenyataan ini diberikan olehTimbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim  di sidang media ESL ONE DOTA 2 Kuala Lumpur 2023

ESL ONE menjadi antara acara e-sukan paling besar di Malaysia dan kini terkenal di serata dunia terutama bagi peminat Dota 2.

“ESL ONE Kuala Lumpur bakal meletakkan nama Malaysia sebagai salah satu lokasi tumpuan. Tambahan lagi pendedahan antarabangsa yang memberi pendedahan kepada bakat tempatan,” ujar YB Adam Adli.

“Sudah semestinya pulangan dari segi kehadiran, pertukaran ilmu dan juga pengalaman itu sendiri bakal membuka ruang kepada lebih banyak acara akan diadakan di Malaysia,” tambahnya lagi.

Menurut beliau juga, Malaysia dikenali sebagai hab permainan e-sukan mudah alih kerana menjadi hos yang terawal dahulu.

YB Adam Adli mengharapkan Malaysia selalu medapat tumpuan untuk e-sukan sama seperti ESL ONE.

Beliau juga mengharap lebih banyak penganjur-penganjur yang yakin bahawa Malaysia ada sebagai hab e-sukan.

“Kita juga mempunyai semua agensi yang diperlukan seperti ESI, MDEC yang memang memberikan fokus. Kita juga mempunyai kesalinghubungan yang cukup, peminat-peminat yang ramai dan penonton yang cukup.

Tambahan lagi, beliau merasakan kita perlu mempromosikan kepada dunia ataupun kepada masyarakat di luar dan kita mengharap lebih banyak juga pemain dari setiap warga tempatan, penggiat-penggiat e-sukan dan komuniti boleh meyakinkan mereka di luar sangat mengalu-alukan datang ke Malaysia.

“Kita sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu Malaysia menjadi hos untuk acara berprestij atau acara dari peringkat akar umbi,” katanya.

ESL ONE KL 2023 menganjurkan playoffs di MITEC dari 15 hingga 17 Disember.

Ia mengumpulkan 12 pasukan Dota 2 merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$1 juta.

RELATED NEWS

+