Malaysia Esports Awards akan bermula 27 Januari ini

Detik bersejarah buat E-sukan Malaysia kini semakin hampir dengan Anugerah E-Sukan Malaysia yang akan diadakan buat pertama kali.

Acara ini dianjurkan oleh Alive Asia Events Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Esports Integrated (ESI) dan Malaysia E-sports Federation (MESF).

 

Anugerah ini dibuat untuk memberi penghormatan kepada penyumbang-penyumbang dalam industri e-sukan yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

Acara ini dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Januari ini.

Sebagai acara yang julung kali diadakan, anugerah ini adalah cerminan untuk pencapaian landskap e-sukan negara dan bertujuan untuk menyerlahkan semangat dinamik dalam komuniti e-sukan Malaysia.

Bukan sekadar majlis penganugerahan, tetapi acara ini akan mengumpulkan peminat-peminat industri e-sukan di seluruh pelosok Malaysia.

Anugerah ini juga berpegang teguh dengan komitmen mendukung piawaian keadilan dan ketelusan tertinggi samasa proses pemilihan dijalankan.

Pelbagai pengalaman, kepakaran dan barisan juri terdiri dalam kalangan individu daripada agensi kerajaan, persatuan-persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan beberapa pihak berkepentingan.

Melalui pendekatan ini, anugerah ini menjanjikan pengiktirafan terhadap pelopor sebenar dalam persada e-sukan Malaysia dengan penganugerahan bermerit dan sumbangan yang cemerlang dalam industri yang bakal diraikan.

Bagi anda yang berminat untuk menonton acara ini secara langsung, boleh tonton platform sosial Facebook, Youtube dan TikTok Malaysia Esports Awards.

Untuk perkembangan terkini, anda boleh melayari laman rasmi Malaysia Esports Awards.

RELATED NEWS

+