“Juara MSC seharusnya mendapatkan slot ke siri M World,” – KB

Menerusi sebuah hantaran Instagram indo.esports, pengulas dan penganalisis dari Indonesia, KB, menyatakan bahawa juara Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) seharusnya mendapatkan slot ke kejuaraan dunia siri M.

“Saya fikir bagaimana jika pemenang MSC mendapat slot ke M World. Ini supaya orang ramai tidak boleh memandang rendah MPL musim ganjil. Kerana, semua orang fikir mereka mahu fokus pada MPL musim genap supaya mereka boleh menyertai M World,” katanya.

Kejohanan MSC 2022 akan berlangsung tidak lama lagi pada tarikh 11 Jun sehingga 19 Jun yang akan bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pasukan Malaysia akan diwakili oleh pasukan Todak dan Orange Esports yang akan bersaing bersama-sama pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Anda semua boleh menonton video penuhnya di sini.

Apa pendapat anda?

Foto: liquipedia

RELATED NEWS

+