“Jurulatih menjadikan kami lebih padu..” – Ash

Perlawanan terakhir pada hari ini menyaksikan dua pasukan yang kuat iaitu RED Esports akan menentang Team Caracal.

Pasukan RED mendominasi di perlawanan ketiga selepas combo yang dilakukan oleh Franco dan Vale.

Manakala Team Caracal harus bertahan untuk menunggu LinkEzaa mendapat level 12 menggunakan Aulus.

RED terus mengasak Team Caracal dan mereka memegang tempo perlawanan dan pengawalan peta.

Pengambilan Luminous Lord pada minit ke-13 memberikan tekanan kepada Team Caracal. 

Mereka cuba bertahan dan hampir tewas akan tetapi penggunaan my turn berjaya menghentikan kemenangan pasukan RED.

Tidak lama kemudian, pasukan RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan selepas menumbangkan LinkEzaa terlebih dahulu.

Ketika Ash ditemubual selepas kemenangan sebentar tadi, katanya, mereka hanya memerlukan jurulatih yang betul.

“Saya rasa gembira berbanding musim lepas, kami dapat buktikan bahawa kami mempunyai pengalaman namun memerlukan jurulatih untuk menjadikan kami lebih padu” katanya.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+