Nvidia GeForce RTX 3000 yang diumumkan pada bulan September."> Nvidia GeForce RTX 3000 yang diumumkan pada bulan September." /> Nvidia GeForce RTX 3000 yang diumumkan pada bulan September." />

Kad grafik AMD Radeon RX 6800 dan RX 6800 XT akan tiba pada bulan November

Para pemain PC kini sudah bersedia untuk memulakan peperangan kad grafik generasi baharu. Pengumuman AMD tentang kad grafik siri AMD Radeon RX 6000 kini melengkapkan katalog pasukan merah untuk bertarung dengan kad grafik siri Nvidia GeForce RTX 3000 yang diumumkan pada bulan September.

Sama seperti Nvidia, AMD memulakan langkah mereka ke gerbang generasi baharu dengan tiga model kad grafik iaitu AMD Radeon RX 6800, RX 6800 XT, dan RX 6900 XT. Jelas sekali tiga produk ini masing-masing akan bersaing dengan Nvidia GeForce RTX 3070, RTX 3080, dan RTX 3090.

Semua kad baharu ini menggunakan seni bina RDNA 2 yang merupakan versi baharu RDNA (siri RX 5000). Menurut AMD, antara penambahbaikkan utama RDNA 2 adalah peratusan prestasi per watt yang lebih tinggi dan prestasi permainan 4K & 1440p yang lebih lancar.

Antara ketiga-tiga kad grafik tersebut, AMD Radeon RX 6800 merupakan model paling murah. Ia akan dijual pada harga AS$579 (RM2,400) dan dilancarkan pada 18 November ini.

Berikut adalah spesifikasi AMD Radeon RX 6800:

  • 60 Compute Units
  • 1815Mhz Game Clock
  • 2105Mhz Boost Clock
  • 128MB Infinity Cache
  • 16GB GDDR6 Memory
  • 250W Total Board Power

AMD Radeon RX 6800 XT pula merupakan “bintang utama” siri baharu ini. Ia akan dijual pada harga AS$649 (RM2,700) dan sama seperti RX 6800, ia akan dilancarkan pada 18 November.

Berikut adalah spesifikas AMD Radeon RX 6800 XT:

  • 72 Compute Units
  • 2015Mhz Game Clock
  • 2250Mhz Boost Clock
  • 128MB Infinity Cache
  • 16GB GDDR6 Memory
  • 300W Total Board Power

Kad baharu yang paling berkuasa pula ialah AMD Radeon RX 6900 XT. Ia merupakan pesaing kepada Nvidia RTX 3090 (RM7,208) tetapi ia dijual pada harga yang jauh lebih murah. Ia akan dilancarkan pada 8 Disember pada harga AS$999 (RM4,200).

Berikut adalah spesifikasi AMD Radeon RX 6900 XT:

  • 80 Compute Units
  • 2015Mhz Game Clock
  • 2250Mhz Boost Clock
  • 128MB Infinity Cache
  • 16GB GDDR6 Memory
  • 300W Total Board Power

Peperangan era baharu antara pasukan hijau dan pasukan merah kini sudah bermula. Kepada pemain PC yang sedang membaca artikel ini, adakah anda berpihak dengan Nvidia atau AMD?

Kongsikan pendapat anda dengan kami di laman Facebook kami!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+