Nvidia: harga rasmi GeForce RTX 3090, 3080, 3070 telah disenaraikan
2020-09-03T02:39:33
By: Burhanudin Zamri

Nvidia: harga rasmi GeForce RTX 3090, 3080, 3070 telah disenaraikan

 

Laman web Nvidia Malaysia telah dikemaskini dengan harga-harga kad grafik Nvidia GeForce RTX 3090, 3080, dan 3070. Ini merupakan pendedahan rasmi harga versi Founders Edition untuk ketiga-tiga kad tersebut.

Berikut adalah tanda harga kad grafik Nvidia dengan seni bina Ampere yang disenaraikan di laman web mereka:

Nvidia GeForce RTX 3070 – bermula dari RM2,399

Nvidia GeForce RTX 3080 – bermula dari RM3,360

Nvidia GeForce RTX 3090 – bermula dari RM7,208

Tarikh pelancaran untuk ketiga-tiga kad di atas adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Jensen Huang, Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, dalam pembentangan GeForce Special Event semalam.

Kad GeForce RTX 3080 akan dilancarkan paling awal iaitu pada 17 September ini. Kad RTX 3090 pula akan dilancarkan pada minggu seterusnya pada 24 September. Akhir sekali, kad RTX 3070 akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Nampaknya anggaran kami mengenai harga Nvidia GeForce RTX 3070 dalam artikel perbandingan gaming PC dengan PS5 hampir tepat kerana penulis menganggarkan ia akan dijual sekurang-kurangnya pada harga RM2,300.

Perbandingan prestasi RTX baharu dan lama, menurut Nvidia.

Ini menunjukkan dua kad mainstream RTX 3000 iaitu 3080 dan 3070 sememangnya dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga pelancaran Nvidia GeForce RTX 2080 Ti.

Pada waktu ini, kebanyakkan kad GeForce RTX 2080 Ti masih dijual pada harga sekitar RM5,500 hingga RM7,000. Penulis yakin penjual komponen PC akan menurunkun harga kad ini dalam masa terdekat kerana kedua-dua kad RTX 3080 dan 3070 lebih berkuasa tetapi jauh lebih murah.

Bagi anda yang masih menggunakan kad grafik Nvidia GeForce GTX atau model-model yang lebih lama, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda dapatkan kad grafik siri RTX 2000 yang baru ataupun terpakai.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
3 days ago
Malaysia naib juara di FIFA eClub World Cup 2021, tahniah diucapkan!
3 days ago
MPL Indonesia: Celiboy menjelaskan kemenangan mereka ke atas Sang Raja
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha tundukkan EVOS Legends, 2-1
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Permainan battle royale Final Fantasy VII: The First Soldier diumumkan