Kad pemain bola Malaysia, Luqman Hakim boleh didapati di FUT FIFA 22

Siri permainan FIFA terkenal dengan mod FIFA Ultimate Team (FUT) di mana pemain dapat membina pasukan mereka sendiri menggunakan ‘Player Card’ atau kad pemain dan akan cuba mendapatkan yang gandingan pemain terbaik melalui gabungan kad pemain dari pelbagai kelab dan negara.

Pemain dapat mengumpul kad pemain dengan membuka pek dan menerima beberapa kad pemain serta kad perks secara rawak.

Pemain juga dapat membeli kad di marketplace dalam permainan dengan format membida kad-kad yang ditawarkan oleh pemain lain. Antara daya tarikan yang paling signifikan dari mod ini apabila anda akhirnya menerima kad pemain yang anda sudah lama ingin kan dari pek kad pemain itu. 

Bagi peminat bola sepak Malaysia, terdapat sekeping kad pemain yang akan diperkenalkan dalam mod FUT FIFA 22 iaitu kad pemain Luqman Hakim yang kini bermain di kelab K.V. Kortrijk dari Belgium.

Penyerang kesebelasan pertama Malaysia ini diperkenalkan di mod FUT dengan Player Rating 57, namun nilai ini boleh ditingkatkan dengan menggunakan beberapa jenis kad yang terdapat di pek kad pemain. Kad Luqman ini juga boleh digandingkan dengan beberapa pemain seperti Eric Ocansey dan Maxence Lacroix untuk mendapat ‘chemistry link’ yang baik antara pemain.

 

Penyerang yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu juga boleh dijumpai di kelab K.V Kortrijk di FIFA 21. Namun, di permainan itu, beliau tidak ditawarkan sebagai kad pemain di mod FUT FIFA 21.

FIFA 22 akan dilancarkan di pelantar PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan S, Nintendo Switch, dan PC pada 1 Oktober 2021.

RELATED NEWS

+