Jururawat Malaysia ditangkap mencuri dan menjual kad Pokemon di Singapura

Seorang jururawat Malaysia berusia 23 tahun dikenakan pengawasan oleh pihak polis selama setahun.

Kesalahan yang dibuat oleh Fong Jia Wei 23 adalah kerana mencuri dua kotak Pokemon yang bernilai S$480 (RM1,678) yang kemudiannya dijual untuk membayar hutang.

Sebagai tambahan untuk kesalahan ini, dia perlu berada di dalam rumah pada jam 11 malam sehingga 6 pagi dan perlu menjalani program khidmat masyarakat selama 40 jam.

Ibubapa pesalah juga terikat dengan denda SGD$ 5,000 (RM17,530) bagi memastikan Fong Jia Wei berkelakuan baik.

Pokémon Card Game: V & VMAX Card Rules Explained

Menurut peguam, Fong adalah seorang graduan politeknik tetapi sijil Diploma disekat kerana masih berhutang yuran dengan politeknik itu sebanyak $7,000 (RM24,540).

Dia akhirnya berjaya mendapatkan Diploma itu pada April 2022 selepas berjaya membayar hutang dengan duit sendiri dan pinjaman daripada rakan.

Pada awal tahun ini, Fong melihat beberapa video individu menjana wang dengan menjual kad Pokemon.

Disebabkan itu Fong membuat pelan untuk mencuri kad Pokemon dan menjualnya kembali bagi mendapatkan wang.

Fong mencuri kad Pokemon tersebut di satu kedai permainan video di Paya Lebar Square pada jam 4.30 petang pada 2 Mei lepas.

Pokémon TCG Classic | Pokémon Center Official Site

Pekerja kedai itu membuat satu laporan polis dua hari kemudian. Fong kemudiannya, mencuri sekali lagi pada 9 Mei kali ini di satu kedai runcit di Commonwealth Avenue.

Dia berjaya menjual kesemua kad-kad hasil curian itu dan mendapatkan S$1,000 (RM3,510). Fong ditangkap pada hari sama kerana mempunyai kad-kad Pokemon yang dicuri.

Kad yang sudah dijual tidak berjaya didapatkan kembali. Mengikut mahkamah, Fong boleh dipenjarakan selama tiga tahun dan didenda.

Rujukan: The Star

RELATED NEWS

+