Malaysia memenangi pingat Perak untuk acara MLBB lelaki di Sukan SEA

Selepas kemenangan comeback oleh pasukan Malaysia ketika menentang pasukan tuan rumah iaitu Kemboja, Malaysia gagal untuk membawa rentak itu ketika menentang Filipina.

Filipina yang diwakili oleh ahli pasukan Bren Esports tidak memberikan sebarang ruang untuk Malaysia bernafas di dalam siri itu.

Mekanik serta makro dan mikro mereka menjadi perbezaan di antara dua pasukan ini.

Walaupun draft yang dibawa oleh Pabz boleh menyaingi draft Filipina atas kertas namun mereka tidak dapat melaksanakan strategi mereka kerana Filipina berjaya membaca semua pergerakan pasukan Malaysia.

Filipina berjaya memenangi pingat emas dengan skor 3-0.

Malaysia adalah salah satu negara yang membuat pemilihan pemain untuk acara Sukan SEA ini.

Walaupun pelbagai kontroversi serta isu mengenai pemilihan pemain serta staf kejurulatihan, namun mereka berjaya menutup mulut pengkritik dengan persembahan pada edisi ini.

Pemain yang terdiri daripada CikuGais, Momo (Todak) Rippo, Izanami (RSG Slate MY) Chibii (Homebois) Xorn (Yoodo Red Giants Esports) dan Garyy (Team Haq) berjaya membawa Malaysia ke Grand Final ataupun perlawanan pingat emas.

Mereka yang diketuai oleh ketua jurulatih iaitu Pabz (Team Haq) dan Ozoraveki (Yoodo Red Giants Esports) sudah membawa draft serta gameplay yang baik walaupun mereka hanya mempunyai tempoh masa yang pendek.

Peminat turut bangga dengan prestasi mereka walaupun tidak mendapat pingat emas kerana ia merupakan kali pertama Malaysia pergi ke Grand Final selepas hampir enam tahun kompetitif MLBB bermula.

Ramai memuji serta berpuas hati bukan sahaja dengan pencapaian pasukan lelaki malah juga untuk pasukan wanita untuk acara MLBB.

Di dalam sebuah komen yang dimuat naik oleh seorang peminat di sebuah ciapan yang dibuat oleh DJY menyatakan bahawa pencapaian ini amat penting untuk MLBB Malaysia.

Selepas kekecewaan di M4, semua pihak mengambil tanggungjawab untuk menaikkan semula Malaysia di mata dunia. 

“Komuniti di Malaysia meragui dengan pasukan ini selepas liga tamat kerana jurulatih (Pabz) membuat pasukannya tersingkir.” ujar peminat itu.

Tambahnya pula, Mid Laner Malaysia iaitu Izanami turut diragui kerana persembahannya tidak begitu baik di MPL musim ke-11 dan Roamer Malaysia Xorn turut digelar tidak relevan lagi untuk mewakili Malaysia.

Namun di dalam Sukan SEA ini, kedua-dua pemain ini merupakan tunjang untuk Malaysia di mana Izanami memenangi MVP sebanyak tiga kali di peringkat kumpulan.

Manakala, Xorn pula berjaya membukti bahawa dia masih merupakan Roamer terbaik untuk Malaysia selepas banyak kali menyelamatkan pasukan Malaysia daripada kekalahan.

Dengan pencapaian ini, maka ia adalah satu langkah baik untuk Malaysia bangkit semula di dunia MLBB.

Kami di MyGameOn ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan negara kerana memenangi pingat perak di Sukan SEA.

RELATED NEWS

+