Kairi adalah salah seorang pemain terbaik dari Filipina. Jejaka yang bermain di posisi jungler ini sangat lincah menggunakan Lancelot.
Menurut sumber berita dari Filipina iaitu Tiebreaker Times, Kairi sedang menuju ke Indonesia bagi persiapan MPL ID musim ke-10.
Kini, ONIC PH mengumumkan bahawa Kairi sudah meninggalkan pasukan itu. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran rasmi akaun Instagram mereka.
View this post on Instagram
Memandangkan Kairi sudah keluar dari ONIC PH, adakah dia akan ke Indonesia untuk bermain bersama ONIC Esports?
Apakah pandangan anda? mungkin Kairi akan menjadi pemain profesional yang pertama dari Filipina melanjutkan kariernya di Indonesia. Kita bakal saksikan.
Sumber: ONIC PH