Kaki Lima: Permainan Kad Mengajak Korang Berjalan-jalan Sekitar Bandar George Town

Tapak warisan dunia UNESCO kini diabadikan dalam bentuk permainan kad.

Kaki Lima adalah sebuah permainan kad yang diinspirasikan oleh sejarah, komuniti berbilang kaum dan landskap bandar George Town, Pulau Pinang. 

Permainan kad ini direka oleh Goh Choon Ean dengan ilustrasi oleh Charis Loke dan pengarah seni, Tan Wah Chew. Penghasilan permainan ini direalisasikan dengan sokongan Luma dan Arts-Ed iaitu dua organisasi bukan kerajaan aktif dalam usaha untuk mempromosikan pendidikan seni dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Goh Choon Ean. Sumber: Facebook Arts-ED Penang

Untuk menghasilkan kad-kad yang mencerminkan George Town, Goh ialah seorang jurugambar dan juga peminat board game, mengambil masa 2 hari untuk menangkap gambar tempat lalu-lalang antara deretan kedai di seluruh George Town dan menggunakan gambar-gambar ini bagi mencetak 46 keping kad yang menggambarkan persekitaran bandar penuh sejarah.

Korang akan bermain sebagai seorang pejalan kaki yang berjalan-jalan di sekitar George Town dan menyiapkan tugasan di pelbagai bahagian bandar. Namun, ada sesetengah kawasan lalu-lalang akan dihalang oleh pemilik kedai lalu memberi cabaran kepada pemain untuk merentasi.

Menurut Goh, Kaki Lima ini dihasilkan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu berkenaan ruang lalu-lalang dan keadaan kehidupan di bandar George Town. Goh berharap game ini dapat memperkenalkan sesuatu yang unik tentang Malaysia di mata dunia board game.

Korang juga boleh berjalan-jalan sekitar George Town dan terlibat dalam aktiviti Mai Main Kaki Lima! dan berpeluang memenangi edisi terhad Kaki Lima.

Untuk info lanjut tentang Kaki Lima, korang boleh layari laman Facebook rasmi di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+