AmirrGaming kini Fanny No.1 Malaysia, mengidolakan JujuSoya

Pemain Fanny No.1 Malaysia, Amir mengakui dia sudah lama bermain hero MLBB berkenaan sejak tahun 2019. Amir baru-baru ini mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya menjadi pemain Fanny nombor satu negara mengikut leaderboard dalam MLBB.

 

Mengikut rekod dicapai pada 11 Disember lalu itu, dia juga kini di kedudukan ke-22 Top Global. Menceritakan kepada penulis, Amir berkata, kebanyakan pengguna Fanny bermain terlalu agresif di fasa awal permainan.

“Sebenarnya tak salah (nak agresif) tapi kita kena hormat (respect) musuh juga kadang-kadang jadi kalau musuh pilih hero counter macam Khufra atau Edith, lebih baik kita fokus pada farming dari rusuh.

“Kalau boleh jangan kalah farming dengan jungler musuh,” katanya.

Farming bermaksud membunuh minion atau raksasa di jungle untuk mendapatkan gold.

Amir juga berkata, tips dia mendapatkan MMR yang tinggi (Mythical Immortal) adalah mencari rakan sepasukan yang boleh ‘push rank’ supaya peratus kemenangan lagi tinggi.

“Kalau solo, kita power rank 1,000 star pun masih akan kalah kalau nak ‘gendong’ empat orang,” Amir berseloroh.

Dengan nada ketawa, Amir juga mengatakan dia baru sahaja menjadi top 1 Fanny di Malaysia mungkin kerana pengguna Fanny lain ramai dah berhenti menggunakan hero itu.

Dia juga selalu memuat naik video bermain Fanny di Facebook @Amirrgaming

“Terima kasih kepada JujuSoya banyak post ‘content’ Fanny dulu. Dia juga tak kedekut ilmu dan rendah diri orangnya,” katanya.

RELATED NEWS

+