“Kami dapat Ronaldo!” – RippedJean

Pemain profesional FIFA Online 4, Gan Mun Kiat atau lebih dikenali sebagai RippedJean, 25, mengatakan bahawa pada sesi drafting yang berlangung semalam, mereka mendapatkan pemain Ronaldo yang akan bermain di pasukan mereka.

“Semalam sudah berlangsungnya sesi drafting dan kami mendapat draft yang pertama jadi kami dapat memilih Ronaldo untuk pasukan kami. Kami sangat gembira apabila mendapat pemain ini,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

RippedJean juga mengatakan bahawa mereka akan bermain dengan lebih lancar di sana.

“Sesi latihan kami belum bermula, tetapi mengikut pengalaman yang lepas gaya permainan kami akan menjadi lebih lancar di sini berbanding kami bermain di Malaysia kerana mereka mempunyai pelayan mereka sendiri. Kami akan gunakan masa kami berada di sini, untuk berlatih beradaptasi dengan rangkaian pelayan di sini,” katanya.

Dia juga menyatakan bahawa mereka akan melakukan yang terbaik demi Malaysia.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk Malaysia, sekarang ini kami semua sedang fokus pada permainan FIFA Online 4,” ujarnya.

Atlet e-sukan FIFA Online 4 akan bertanding pada hari Sabtu ini. Marilah kita semua doakan buat atlet e-sukan kita agar mereka dapat memberikan yang terbaik di kejohanan Sukan SEA 2021.

RELATED NEWS

+