“Meta Tank bukan untuk Alberttt,” – Mobazane

Menerusi sebuah hantaran video TikTok gord.icio, pemain profesional BTK, Mobazane, menyatakan bahawa meta Tank jungler pada ketika ini, bukanlah meta untuk jungler RRQ Hoshi Albertt.

@gord.icio Ada yg tau MOBAZANE?? #mobilelegends #mlbb #seagamemlbb #seagames2022 #mobazane #mlbbcreatorcamp #xyzbca ♬ Nothing’s Gonna Change My Love For You – Shania Yan

“Albertt tidak melakukan yang terbaik dalam meta sekarang ini, ini bukan meta Albertt. Ini bukan meta Indonesia. Gaya permainan meta ini adalah pasif dan objektif, dan itu merupakan kekuatan pasukan Filipina” katanya.

Dia juga mengatakan bahawa gaya permainan pasukan Indonesia adalah agresif dan lebih memberi fokus ke arah teamfight.

“Indonesia pula agresif dan mempunyai pemain yang bermekanik. Biasanya mereka bagus ketika dalam pertarungan teamfight, tetapi untuk meta sekarang ini bukanlah meta mereka.

“Tambahan pula, Albertt merupakan pemain assasin dan saya fikir tidak banyak perkara yang dia boleh lakukan.

“Saya fikir Indonesia akan menang di kejohanan sukan SEA 2021 tetapi mereka tewas kepada Filipina dengan skor 3-1. Itu sangat mengecewakan” katanya.

Mobazane juga mengatakan bahawa apa yang lebih memalukan adalah mereka (pasukan Indonesia) dikalahkan oleh 2 pemain amatur Filipina.

RELATED NEWS

+