“Saya berbangga dapat mewakili Malaysia ke Sukan SEA,” – JangS

Bekas jurulatih BTR RA, Muhammad Farhan Abdul Gafar atau lebih dikenali sebagai JangS menyatakan kegembiraannya selepas berjaya untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA Hanoi 2021.

“Ini adalah pengalaman baru untuk saya dan saya rasa bangga kerana dapat mewakili negara Malaysia. Memakai baju ini (baju kontinjen negara) pun sudah menjadi satu pencapaian untuk saya.

“Sukan SEA adalah antara kejohanan yang sangat berprestij buat pemain profesional e-sukan dan saya tidak sabar untuk pergi ke Hanoi,” katanya ketika ditemubual MyGameOn di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), pagi hari ini.

JangS juga menyatakan bahawa tiada persiapan yang banyak yang perlu dilakukan.

“Tiada banyak persiapan yang saya lakukan, para pemain sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan saya hanya mengingatkan mereka apa yang mereka perlu buat.

“Sekarang ini kami hanya fokus dari segi latihan mental kerana ini adalah kejohanan pertama secara bersemuka dan itu adalah perkara yang penting,” katanya.

@mygameondotmy @JangS berkata pemain sudah bersedia. Dia juga menceritakan tentang hala tujunya dalam karier #MalaysiaBoleh #MalaysiaRoar #SEAGames31 #fyp #kakigaming ♬ Justin Bieber Type Pop R & B(808173) – Daisuke”D.I”Imai

Dia juga menyatakan bahawa hubungannya dengan para pemain Geek Fam sangat-sangat baik dan tidak mengalami sebarang kesukaran.

“Secara peribadinya, saya amat mengenali para pemain dan kami selalu berborak. Mereka selalu datang kepada saya untuk mendapatkan nasihat. Jadi bagi saya, saya tidak ada masalah kerana kami sememangnya sudah ada hubungan yang sangat rapat” ujarnya.

Semoga JangS, uHigh dan pasukan Geek Fam dapat memberikan prestasi yang baik di kejohanan sukan SEA 2021.

Acara berkumpulan PUBG Mobile akan bermula pada 18 Mei ini.

Semoga berjaya Geek Fam!

RELATED NEWS

+