“Kami hanya fokus pada diri sendiri,” – Team SMG

Team SMG yakin berhadapan dengan Todak di pusingan playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesembilan yang akan bermula esok.

Pengurusnya, Benny Lai mengatakan Team SMG akan fokus pada diri sendiri ketika berhadapan dengan pasukan apa pun.

“Kami hanya fokus pada diri sendiri ketika menghadapi Todak atau pasukan lain di playoffs.

“Persediaan kami sama saja seperti sebelum ini. Tiada yang istimewa pun,” katanya ketika dihubungi.

Team SMG boleh dikatakan antara pasukan terhebat di MPL MY S9 memandangkan mereka menduduki kedudukan tertinggi di Group A dengan 30 mata dan 77% kadar kemenangan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Mereka akan berlawan dengan Todak pada jam 8:30 malam esok bagi pusingan upper bracket

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Adakah pasukan SMG akan menunjukkan yang terbaik seperti di musim lepas? Di mana mereka mendominasi Todak 4-0? Sama-sama kita nantikan.

Playoffs MPL MY S9 akan berlangsung esok hingga Ahad, mengumpulkan lapan pasukan terbaik dari musim liga bertarung merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM428,600).

Juara dan naib juara akan layak ke Piala Asia Tenggara (MSC) 2022 yang dijangka bermula dari 11 Jun hingga 19 Jun ini.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+