Moonton bakal memperkenalkan rank baharu, Mythical Triumph

Artikel ini ditulis oleh Haikal Johari

Baru-baru ini, Moonton menambah satu rank baharu di antara Mythic dan Mythical Glory di Mobile Legends Bang Bang. Ia diberi nama sebagai Mythical Triumph.

Untuk mencapai Mythical Triumph, anda perlu mendapat sebanyak 25 bintang di Mythic manakala lagi 25 bintang untuk mencapai Mythical Glory.

Mythical Triumph akan dilancarkan pada musim ke-28.

Untuk musim akan datang ini, Lapu-Lapu akan menjadi skin bermusim yang diberi nama sebagai Son of the Wild.

Tambahan pula, bagi pemain yang mahukan skin Mythic, anda perlu mencapai Mythic sebanyak empat kali kerana anda akan diberi 10 tiket setiap kali anda mencapai Mythic.

Pemain boleh menebus tiket itu untuk mendapat skin Mythic.

Rombakan baru untuk Minsitthar dijangka akan tiba berdekatan dengan pengakhiran musim ke-27.

Musim ke-27 MLBB akan tamat lebih kurang daripada satu bulan dari sekarang. 

RELATED NEWS

+