“Garyy memang akan sambung belajar nanti,” – Pabz

Pemain Team Haq, Muhammad Syafizan atau Garyy adalah jungler yang masih muda dan sedang meningkat naik dalam arena Mobile Legends.

Dia yang juga berusia 18 tahun sudah pun bermain di peringkat Asia Tenggara (MSC 2022) dan kejohanan dunia (M4) baru-baru ini.

Terdapat khabar angin mengatakan Garyy tak bermain di musim kali ini. Jurulatihnya, Khairul Azman (Pabz) menjawab persoalan ini.

“Berkenaan khabar angin mengatakan Garyy tak main di MPL My s11, saya boleh mengesahkan yang ibu bapanya membuat permintaan untuk anak mereka melanjutkan pelajaran nanti.

“Memang Garyy akan sambung belajar nanti,” katanya ketika dihubungi.

Pabz berkata, bagi menguatkan Team Haq, mereka ada membawa masuk beberapa pemain baru.

“Dalam atau luar negara? Itu kena tunggu pengumuman rasmi. 

“Kami pun ada bawa penganalisis yang namanya tidak asing lagi dalam dunia e-sukan,” katanya.

Team Haq sebelum ini layak ke kejohanan dunia M4 dan berjaya memberikan sengit kepada wakil Filipina, ECHO PH dengan skor 2-3 di pusingan upper bracket.

Mereka bagaimanapun tewas di tangan pasukan Turkiye, Incendio Supremacy di pusingan penyingkiran.

RELATED NEWS

+