“Kami memang bersedia untuk bawa masuk Masha..” – Lolealz

Pertemuan antara pasukan di kumpulan A dan B di hari pertama minggu keenam liga profesional (MPL) MY musim kesembilan menyaksikan Team Caracal bertemu dengan MAB Esports. 

Perlawanan pertama memberikan kelebihan kepada Team Caracal dengan pemilihan Karina sebagai jungler. Mereka mengawal peta dan berjaya mendapatkan kemenangan pada minit ke-15.

Perlawanan kedua juga memihak kepada Team Caracal meskipun berulang kali MAB Esports mempertahankan crystal mereka.

Kimmy yang digunakan oleh Lolealz memberikan damage yang sangat besar pada minit akhir permainan, ditambah dengan penggunaan Yu Zhong dan Baxia oleh pasukan mereka.

Selepas mereka memenangi perlawanan sebentar tadi, Lolealz ditemu bual dan ditanyakan soalan tentang perasaannya selepas mendapat kemenangan bersih.

“Saya berasa sangat gembira kerana berjaya mendapat 3 mata dari hasil perlawanan itu”. ujarnya.

Ditanya tentang kemasukan Masha ke dalam draft.

“Kami memang bersedia untuk membawa masuk Masha, kami berlatih hari-hari sebelum ini dan ia berhasil”.

“Situasi Team Caracal di kumpulan B agak okay setakat ini sebab kami bermain lebih berdisiplin,” akhirinya.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+