KBS Sedia Bekerjasama Dengan ESM

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia bekerjasama dengan semua pihak terutamanya Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM).

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata demikian dalam satu sidang media diadakan pada Selasa lalu. 

“Dari aspek sukan seperti sukan elektronik, bola sepak dan ragbi , setiap satunya mempunyai persatuan.

“Yang penting sekali daripada pihak KBS, kita perlu bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agong ESM, Rinie Ramli berkata sebagai persatuan yang baru dalam industri, pastinya ada cabaran melanda.

“Dalam cabaran itu, yang penting sekali bagaimana kita cari jalan penyelesaian untuk menaikkan sukan yang baru ini di Malaysia.

“Bagi pihak ESM, kami sudah buat pelbagai usaha dan bekerjasama dengan Persekutuan E-Sukan Antarabangsa (IeSF), Majlis Olimpik Asia serta pemain industri di Malaysia untuk menaikkan e-sukan di negara ini,” 

Rinie berkata demikian apabila pihak media bertanyakan jika persatuan itu masih lagi relevan kerana kontroversi seperti kejohanan Sukan Elektronik Asia Tenggara (AGES) 2016 yang membabitkan persatuannya.

RELATED NEWS

+