Juara pertama Para MEL 2021 dinobatkan, memenangi hadiah terkumpul RM10,000

Malaysia kini berjaya memperoleh percapaian baru apabila berjaya menganjurkan dan mengkalungkan juara bagi pertandingan e-sukan pertama untuk golongan kelainan upaya (OKU), iaitu dengan menganjurkan Para Malaysia Esports League 2021 (Para MEL21).

Pertandingan ini dianjurkan selama enam hari dari 18 hingga 24 Oktober baru-baru ini dengan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM10,000.

Para MEL21 menganjurkan perlawanan PUBG Mobile dengan dua kategori iaitu kategori Solo dan Squad. Terdapat 64 peserta bagi kategori Solo dan 16 pasukan untuk kategori Squad.

Sangpill berjaya mengungguli kategori Solo dengan berjaya memperoleh 204 mata dengan dua kill daripada keseluruhan 64 pemain, memenangi wang tunai RM700.

“Saya sangat teruja apabila saya mengetahui pelancaran Para Malaysia Esports League 2021 ini, berikutan tidak banyak peluang untuk pemain permainan daripada golongan orang kelainan upaya (OKU), seperti saya untuk bersaing dalam pertandingan seperti ini,” kata Sangpill, juara Kategori Solo.

“Saya sangat seronok sepanjang pertandingan ini dan saya sangat menantikan pertandingan akan datang, yang masa saya pasti akan sertai,” tambahnya.

Bagi kategori Squad pula, AVEX ESPORTS MY berjaya menewaskan 16 pasukan lain dengan memperoleh 77 mata dan 32 kill keseluruhan. Ahli pasukan AVEXMad berjaya mempamerkan permainan yang sangat bagus dengan memperoleh 11 kill. Mereka memenangi hadiah utama sebanyak RM3,000.

“Sangat terharu menjadi juara pertama Para MEL21 Malaysia. Pertandingan ini sangat mengujakan kerana pasukan saya menghadapi beberapa peluang yang sengit terutama pada Grand Finals, tetapi saya berpuas hati, usaha latihan kami berjam-jam berhasil,”

“Kemenangan beri motivasi AVEX ESPORTS MY untuk terus tingkatkan skil sebagai pasukan dan kami berharap untuk sertai lebih banyak pertandingan termasuk di peringkat antarabangsa,” kata AVEXMad daripada AVEX ESPORTS MY.

Para Malaysia Esports League 2021 dianjurkan oleh Esports Integrated (ESI) dan Techninier Sdn Bhd dengan kolaborasi bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan disokong oleh Majlis Belia Orang Kurang Upaya (MBOKU) dengan slogan “E-sukan untuk semua.”

Penganjuran Para MEL21 adalah sebahagian usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam Plan Strategik untuk Pembangunan Esukan 2020-2025 untuk mempromosikan ekosistem esukan tempatan yang inklusif.

Ahmed Faris Amir, CEO ESI berkata, “kami sangat lega dengan kejayaan Para MEL21 dan kami merancang untuk menganjurnya secara tahunan bagi memberikan pemain OKU sokongan yang mereka perlukan.

“Dalam masa yang sama, kami berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan inklusiviti di dalam esukan. Kami berharap pemain OKU juga dapat bersaing bersama seiring mereka yang sempurna dan Para MEL21 adalah langkah penting untuk mencapai aspirasi itu,” katanya.

Ikuti perkembangan esukan.gg di laman rasmi mereka, dan ikuti mereka di laman Facebook

RELATED NEWS

+