Kedudukan terkini pasukan MPL Indonesia musim kelapan, minggu pertama

Selepas pertarungan di minggu pertama tamat, penulis ingin berkongsi kedudukan carta bagi semua pasukan yang bertanding di MPL Indonesia musim kelapan:

Merujuk kepada kedudukan carta di atas, pasukan Alter Ego mempunyai mata yang tertinggi setakat ini, mereka menang dua perlawanan tempoh hari ke atas Geek Fam 2-1 dan RRQ Hoshi 2-0. Manakala pasukan BTR berada di kedudukan kedua dengan kemenangan ke atas EVOS Legends 2-1 dan Rebellion Genflix 2-1.

ONIC Esports berada di kedudukan ketiga dan masih mempunyai baki satu perlawanan lagi, sementara itu EVOS Legends dan RRQ Hoshi kecundang satu perlawanan meletakkan mereka di posisi keempat dan kelima. Aura Fire pula juga mempunyai baki satu perlawanan meskipun tewas di tangan EVOS Legends 0-2.

Selain itu, Geek Fam dan pencabar baru MPL Indonesia, Rebellion Genflix tidak menemui momentum untuk minggu pertama. Mereka tewas dalam 2 perlawanan dan mempunyai mata aggregate -3. Adakah Rebellion Genflix dan Geek Fam akan meningkatkan mutu permainan untuk minggu kedua? Atau mungkin Alter Ego dan BTR mengalami kesukaran untuk minggu kedua ini, kita bakal saksikan pada hari jumaat jam 4 petang.

 

 

RELATED NEWS

+