Kejohanan Dunia M3 akan dipertontonkan kepada umum di Singapura

Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 bertempat di Singapura. Ia sekali lagi dibuat di negara itu selepas Kejohanan Dunia M2. 

Walaupun dunia kini berdepan dengan pandemik Covid-19, ia tidak menghentikan sama sekali peluang untuk menyaksikan pertandingan berprestij ini secara langsung di Singapura.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran akaun Instagram rasmi MPL SG. Menurut mereka, ia akan dibuka kepada umum di Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre.

Ini peluang yang menarik bagi peminat MLBB, mereka boleh menempah tiket ke Singapura dan menyaksikan M3 secara langsung.

Kejohanan dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dunia dan wang hadiah terkumpul sebanyak AS$800,000 (RM3.3 juta).

RELATED NEWS

+