Kemaskini sokongan penambahan storan SSD PS5 kini tiba buat semua pengguna

Kita semua tahu, Sony sedang dalam perancangan untuk menawarkan sokongan membolehkan penambahan storan dalaman bagi pengguna PS5. 

Kemaskini besar PS5 ini akan membolehkan pengguna untuk menambah SSD M.2 mereka sendiri untuk mengembangkan storan dalaman konsol mereka dengan saiz daripada 250GB hingga 4TB. Sony juga sebelum ini memperincikan mana-mana SSD M.2 yang sesuai memerlukan heatsink untuk menyah-haba tambahan yang dihasilkan SSD baru. 

Sebelum kemaskini ini, pengguna PS5 boleh menambah SSD tetapi terdapat beberapa kekangan. Melalui kemaskini sistem pada April, Sony membenarkan pengguna PS5 untuk memindahkan permainan yang disimpan di dalam SSD dalaman ke storan luaran, tetapi permainan tidak boleh dimainkan.

Di samping penambahan SSD ini, Sony turut memperincikan di dalam PlayStation Blog, kemaskini sistem bagi September juga termasuk untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna. Ia termasuk kelancaran yang lebih baik bagi permainan silang generasi.

Selain itu, mereka juga akan mempertingkatkan UX bagi PS5 dengan menambah tetapan equalizer untuk pengguna set kepala Pulse 3D, penjejak trofi baru dan tetapan untuk memilih fungsi Control Center akan senang dilihat di bawah skrin. 

Pelanggan PlayStation Now juga akan mendapat manfaat daripada kemaskini ini, iaitu membolehkan mereka untuk memilih resolusi 720p atau 1080p bagi mereka yang strim dan alat ujian sambungan untuk anda troubleshoot sebarang masalah sambungan.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+