PlayStation salahkan ‘orang keluar rumah’ punca PS Plus hilang 2 juta pelanggan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Awal tahun ini, Sony banyak membuat perbubahan untuk PlayStation Plus dan boleh dikatakan ia berjaya.

Tidak semestinya PlayStation Plus adalah satu perkara yang sempurna dan sudah semestinya barisan permainan video yang ada sangat menarik.

Namun tidak untuk semua orang.

Pelanggan PlayStation Plus nampaknya sudah kurang dari 47.3 juta pelanggan kini menjadi 45.4 juta pelanggan.

“Kenapa PlayStation Plus kehilangan pelanggan? Ini kerana lebih ramai orang keluar dari rumah,” kata Ketua Pegawai Kewangan, Hiroki Totoki.

“Lebih ramai orang kini keluar dari rumah dan kami masih belum boleh keluar dari kitaran negatif. Hasil jualan PS4 dan perisian pihak ketiga juga masih perlahan dan penjualan judul-judul katalog juga merosot,” tambahnya lagi.

Totoki kemudian menyatakan pengguna konsol PlayStation 5 masih tinggi dan akan menjadi titik penting untuk ke hadapan.

Rujukan: Gaming Bible

RELATED NEWS

+