Sambut musim festival bersama PlayStation – Ini hadiah-hadiah menarik anda boleh berikan

Menjelang sambutan Hari Natal, PlayStation memberikan idea terbaik jika anda mahu memberikan hadiah kepada rakan mahupun orang tersayang.

Ini hadiah-hadiah yang paling sesuai untuk para gamer PS4 dan PS5.

Baucar Digital PlayStation

Bagi yang mahukan hadiah bajet, baucar digital PlayStation sesuai untuk anda yang tidak tahu permainan video apa untuk dibeli.

Mudah sahaja, beri baucar dan mereka sendiri boleh memilih mana-mana permainan mereka mahukan.

UNCHARTED: Legacy of Thieves Collection.

Uncharted: Legacy Thieves Collection kini boleh didapatkan dengan harga RM209 sahaja.

Kali ini anda akan bersama-sama Nathan Drake dan Chloe Frazer untuk mengembara ke seluruh dunia dalam mencari pengembaraan hebat dan penuh cerita lagenda.

God of War: Ragnarok

Sudah semestinya permainan video ini wajib untuk semua pengguna PS5 dan PS4.

Kali ini anda akan bersama Kratos dan Atreus sekali lagi untuk menjawab persoalan Ragnarok sambil mengembara ke semua sembilan dunia dalam mitologi Norse.

God of War: Ragnarok kini boleh didapati di mana-mana kedai diiktiraf dengan harga RM299 (PS5) dan RM249 (PS4).

Horizon Forbidden West

Bersama Aloy dalam pengembaraan dalam Forbidden West di mana satu misteri baru yang bakal dirungkai.

Anda akan menjelajah dan bakal berlawan dengan robot haiwan yang lebih besar.

Horizon Forbidden West dijual pada harga RM299 (PS5) dan RM249 (PS4).

Grant Turismo 7

Kini dengan Real Driving Simulator anda boleh jadi pelumba kompetitif dan kasual dan sudah pasti dengan banyak mod kesukaan ramai seperti GT Campaign, Arcade dan Driving School.

Terdapat lebih 420 kereta dan Gran Turismo akan mengekalkan rasa klasik motor yang penuh dengan butir-butir khusus seperti kereta betul.

Gran Turismo 7 boleh dibeli dengan harga RM299 (PS5) dan RM249 (PS4).

The Last of Us Part 1

Dapatkan pengalaman penceritaan terbaik dalam The Last of Us Part 1 dan dibina semula untuk konsol PS5.

Dalam dunia di mana manusia perlu hidup untuk mengharungi manusia jahat dan dijankiti anda akan bersama Joel dan Ellie dalam pengembaraan ke seluruh negara.

The Last of Us Part 1 boleh didapati dengan harga RM299 (PS5).

PlayStation juga ada mengeluarkan beberapa permainan video popular di pelantar PC seperti Spider-Man: Remastered dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.

Aksessori

DualSense PlayStation 5

Dapatkan aksessori khas untuk pengguna PS5.

Alat kawalan DualSense PlayStation 5 mempunyai 5 warna inspirasi galaksi.

DualSense Wireless Controller kini boleh dibeli di mana-mana kedai diiktiraf PlayStation dengan harga RM349 dan RM369.

PS5 Console Covers

Tidak lupa juga penutup baharu PS5 jika anda bosan dengan hanya warna putih PS5.

PS5 Console Covers boleh didapati dengan harga RM259.

PULSE 3D Wireless Headset

PULSE 3D Wireless Headset ini sesuai untuk hadiah kepada pengguna PS5.

Set kepala ini mempunyai 3D Audio yang memberi para gamer kemudahan untuk mengguna fungsi chat suara.

Anda boleh medapatkan set kepala ini dengan harga RM469.

Jangan lupa untuk melihat informasi lebih produk dan harga di laman rasmi PlayStation.

RELATED NEWS

+