Kemaskini Splitgate Season 0 kini tersedia, penambahan Battle Pass dan mod baru

Sebuah trailer diperlihatkan semasa malam pembukaan Gamescom mengumumkan kemaskini Splitgate Season 0 sudah tiba bermula hari ini membawakan kandungan baru dan mod baru.

Melalui kemaskini itu juga, mereka menambah peta baru iaitu Karman Station, satu Battle Pass dengan 100 peringkat penuh dengan barangan dan matawang untuk diperoleh, kosmetik baru dan mod terbaru iaitu Contamination.

Ia juga membawakan cabaran sepanjang musim yang perlu diselesaikan, di mana ada antaranya adalah percuma dan ada yang eksklusif untuk mereka yang memiliki Battle Pass.

Bagi mod Contamination, ianya tidak asing bagi pemain arena shooter, dan ia adalah mod asimetri pertama Splitgate.

Dua pasukan akan bersaing, dengan salah satu pasukan kecil akan ‘tercemar’ yang mana mereka hanya boleh menggunakan senjata melee. Apabila pihak ‘tercemar’ dapat tewaskan pihak lawan, pemain yang tewas akan hidup semula sebagai ahli pasukan itu, dan akan menjadi lebih tidak seimbang. 

Kemaskini Season 0 tiba selepas kejayaan yang tidak disangka di platform konsol, selepas sambutan yang kurang memuaskan di PC. Ia juga kesinambungan daripada berita minggu lalu, di mana versi konsol akan kekal sebagai beta selepas penangguhan yang dibuat di saat-saat akhir.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+