Kemaskini terakhir Terraria dilancarkan, lebih daripada 1,000 item baharu diperkenalkan

Apabila bercakap tentang permainan video yang mempunyai sistem pembikinan dunia bertatacara (procedurally generated world), bukan Minecraft sahaja menjadi topik perbincangan. Terraria juga sebuah judul yang sangat popular dan kini ia mencapai fasa pengakhiran.

Re-Logic, pembangun Terraria, telah mengeluarkan kemaskini Journey’s End. Ia merupakan kemaskini besar ke-empat dan yang terakhir untuk judul tersebut.

Journey’s End memperkenalkan pelbagai kandungan baharu seperti mod permainan baharu Journey Mode, lebih daripada 1,000 item baharu, dan banyak lagi. Anda boleh membaca changelog penuh kemaskini ini di sini.

Pada waktu ini, Journey’s End hanya dilancarkan untuk PC dan pelancaran untuk versi konsol dan mudah alih akan menyusul kemudian, menurut Re-Logic. Terraria di PC boleh dibeli di Steam pada harga RM23.00.

RELATED NEWS

+