Kenapa Orange lepaskan pemain? Ini kenyataan dari Pengurus Besar, Kelvin Pang

Orange Esports baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada barisan pemain Mobile Legends mereka yang juga lineup Lunatix. Antaranya adalah LinkEzaa, Iris, Isonic dan juga Farhan Sora.

Kesemua pemain itu masuk ke pasukan Orange Esports selepas mereka membuat satu kolaberasi bersama Lunatix untuk Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kelapan.

Akan tetapi ramai di antara netizen yang tidak memahami perkara itu dan mendakwa pasukan Orange Esports suka-suka membuang barisan pemain mereka selepas satu musim.

Kelvin Pang selaku Pengurus Besar Orange Esports menyuarakan pandangan beliau tentang isu itu. Menurutnya, OE meminjam para pemain pasukan Lunatix dan membuat bayaran bulanan kepada mereka.

Selepas tamat kolaberasi, mereka bebas untuk ke pasukan baru atau kekal di Lunatix sendiri.

RELATED NEWS

+